Skip to main content

Posts

Featured

Working Title: Bulan harian Bab 1

Cerita ini adalah berkaitan dengan hidup aku sejak dari sekolah menengah dan baru aku cerita kan pada hari ini, 10/03/2020 dan mungkin akan bersambung terus sampai umur aku kahwin, ada anak atau Allah sudah memanggil aku maka berhentilah kisah aku. Jom enjoy okay! Aku, Mawar Athirah binti Salleh berumur 13 tahun. Eyy sungguhlah dah masuk sekolah menengah dah? Aku teruskan niat aku bersekolah di SMK Tun Dr. Ibrahim dengan sebab aku tak berani duduk di asrama. Dari dulu dengar macam-macam cerita seram asrama walaupun keputusan UPSR agak baik untuk bersekolah agama asrama yang berada di bandar. Aku bersiap-siap dengan memakai baju kurung putih, bertudung putih dan berkain biru! Agak kekok untuk aku pakai baju kurung putih oleh kerana waktu sekolah rendah sudah hampir 4 tahun jadi pengawas dan pakai kain yang agak gelap. Macam mana lah aku nak sesuaikan diri ni! Ahh. Aku berhenti berfikir dan mengambil semua dokumen diri aku masukkan dalam beg. "Umi! Jom, Wawa dah siap ni....

Latest Posts

IJAZAH SARJANA MUDA KELAS PERTAMA?

Salahkah aku?